
Terlebih dahulu elok la kita sedekahkan al fatihah buat aruah syed kechik yang telah meninggalkan dunia minggu lepas. Nama syed kechik waktu dulu amat la tersohor sebagai ahli koporat melayu yang terkenal, waktu aku sekolah dulu cikgu matematik aku selalu dok certa pesal dia ni, kata cikgu aku, syed kechik ni waktu tu sangatlah berjaya hinggakan ada helikopter sendiri. kaya kaya...dulu kalau tengok filem melayu terbitan syed kechik production masa intro tuu mesti ada tayang bangunan yayasan syed kechik, lani bangunan tu dah tak nampak sbb kat sekeliling tuu sekarang penuh dengan kondominum. alaa kat bangsar tuuu. Aku rasa masa kegawatan ekonomi dalam tahun 1985/86 mungkin masa tu dia pung kecundang, dan mungkin mengalami masalah, al maklum la perniagaan besar, dan nama syed kechik tenggelam perlahan lahan dan kemudian munculah nama nama lain. Dari buku Daim zainuddin yang aku baca aruah syed kechik ni juga seorang mengamal undang2, peguam la, tak salah aku dia ni senior sikit dari daim, semasa awal penglibatan daim dalam perniagaan kemungkinan besar Syed kechik orang yang bertanggjawab serba sedikit menyusun atau menolong daim ni. Kini zaman kegemilangan syed kechik telah diwarisi oleh menantunyer yang juga anak saudaranya juga(aku baca paper) tak lain tak bukan tan sri syed mokhtar al bukhari, salah seorang orang paling kaya kat malaysia. Semoga aruah syed kechik ditempatkan dalam golongan orang orang yang beriman. al fatihah ..amin


No comments:
Post a Comment
gerakan yang licik