Friday, April 10, 2009

Dari saudara azlishukri berkata


Hampir semula ramalan dan tekaan daripada para pemerhati politik dan ahli-ahli politik telah gagal membaca betapa dalamnya hati nurani DS Najib bagi memilih senarai ahli kabinetnya sebentar tadi. Saya percaya, beberapa hari yang lalu, lobi melobi telah berlaku, malah tidak kurang juga ratusan SMS berlegar diruang udara, menceritakan siapa yang bakal dilantik ke kementerian tertentu. Namun demikian, saya percaya pasti ramai yang terkejut dengan barisan kabinet DS Najib pada kali ini, kerana sangat jelas bahawa DS Najib tidak terpengaruh dengan sesiapa pun ketika beliau membuat keputusan melantik ahli jemaah menterinya. Hal ini sangat jelas, tatkala semua ramalan awal dan ramalan di saat-saat akhir turut tersasar jauh daripada hakikatnya. DS Najib memang bijak, maka tidak hairanlah mengapa Tun Mahathir menginginkan beliau menjadi PM, dan terbuktilah juga mengapa Anwar Ibrahim selama ini begitu bimbang andaikata DS Najib menerajui negara. Sesungguhnya, banyak tindakan DS Najib sejak belakangan ini tidak dapat diramal dan tidak disangka-sangka. Itulah DS Najib, Perdana Menteri baru kita.Malah, tanpa ragu saya katakan bahawa, semua ahli kabinet yang baru dilantik ini bukan sahaja bersih, malah kelihatan bersih dan menyejuk hati ramai pihak. Yang paling mengejutkan saya adalah pelantikan TS Muhyiddin Yassin sebagai pemegang kerusi panas Kementerian Pelajaran - yang sebelum ini menjadi buah mulut ramai pihak yang cuba melobi tokoh-tokoh tertentu. Tidak kurang juga kejutan, dengan pelantikan semula Datuk Dr Awak Adek sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz sebelum ini disebut-sebut akan menerajui Kementerian Belia dan Sukan. Manakala, Datuk Razali Ibrahim yang merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia turut mendapat tempat sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.Hakikatnya - banyak ramalan yang tersasar, malah ada yang tidak terfikir oleh sesiapa pun, namun begitu, di sinilah letaknya kebijaksanaan DS Najib - dan sesungguhnya saya yakin perubahan dan tranformasi yang DS Najib janjikan sebelum ini, akan berlaku. Dan sebagai ahli UMNO dan rakyat Malaysia, saya menyeru agar sama-sama kita bulatkan hati dan rapatkan barisan semula serta berdiri teguh dibelakang DS Najib bagi membantu beliau meraih semula keyakinan rakyat.Secara peribadi, saya amat yakin dengan Kabinet Baru DS Najib ini, malah ketiadaan kelibat Khairy Jamaluddin - secara tidak langsung membuktikan bahawa DS Najib benar-benar mahu melihat senarai ahli Kabinetnya dalam kalangan orang yang ikhlas mahu bekerja, di samping bersih daripada tanggapan negatif masyarakat. Kesimpulannya, semua ramalan ala-Nostradamus yang kita bina dan dengar sebelum ini jauh tersasar daripada realiti. Dan DS Najib mempunyai pertimbangannya yang tersendiri. Harapan kami, semoga UMNO dan BN kukuh kembali.Kepada Khairy, saya yakin ini merupakan peluang yang diberikan oleh DS Najib, agar beliau membersihkan imejnya kembali, dan InsyaAllah apabila api fitnah telah reda, maka tidak mustahil Khairy akan diterima semula oleh masyarakat. Kepada semua yang dilantik, saya ucapkan tahniah dan selamat bekerja, manakala kepada TS Muhyiddin, saya sangat berbangga dan pinta saya hanya satu, agar beliau bertekad membersihkan Dewan Bahasa dan Pustaka daripada dibelengu dengan "unsur-unsur" kotor dan tangan-tangan yang tidak ikhlas untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

gerakan yang licik