BELIAU tinggal di dalam sebuah mansion besar di jalan tanpa wayar di Bangkok, berjiran dengan Duta Amerika yang tinggal di situ juga, cuma menyeberangi jalan ke Kedutaan Amerika, dengan bangunan yang menyeramkan. Ia membuatkan sukar bagi Washington untuk menuduh beliau sebagai `maharaja kewangan pemiagaan dadah heroin'.
Mereka pun mempunyai sebab yang lain secara berhati-hati bagaimana menangani beliau. Beliau merupakan salah seorang Orang China Seberang Laut yang paling kaya di dunia, salah satu daripada lima orang pemimpin terkuat komuniti Teochiu di seluruh dunia. Beliau telah menubuhkan bank persendirian yang terbesar di Asia Tenggara, salah satu yang mendapat keuntungan terbanyak di dunia, dan beliau adalah ahii bank persendirian bagi semua orang yang berpengaruh di dalam rejim tentera Thailand. Pada zaman Jeneral Phao, pemiagaan dadah itu merupakan urusan kerajaan di peringkat yang tinggi, jadi tiada pemilik bank boleh menolak semua hubungan atau pencemaran. Orang-orang yang terlibat ialah para jeneral dan field marshall, bagaimana pun, bukannya para gangster Sicily dengan baju hitam seta tali leher beraneka wama. Di Asia, dunia-bawah-tanah merupakan sehelai seluar dalam bagi dunia luar. Kenapakah menjadi seronok sangat? Namun begitu, Washington sedang menjelaskan bayaran.
Namanya Chin Sophonpanich, yang tertua (Ielaki tunggal) dari lima orang adik beradik yang dilahirkan oleh bapa berbangsa Teochiu dan emak berbangsa Thai di Bangkok. Riwayat hidup beliau telah menepis tentang tempat kelahirannya, menyifatkan beliau itu dilahirkan di negara China. Dalih ini amat mustahak kerana ibu Chin merupakan isteri kedua bapanya, dan bukanlah Teochiu tulen, yang boleh menurunkan darjat Chin di dalam masyarakat Teochiu. Lebih mustahak lagi, sebagai orang muda Chin mengelak perkhidmatan tentera kerana bukan warganegara, dikatakan dilahirkan di China, di Chao-yang-Hsien, salah satu daripada hsien di rantau Swatow. Bapa beliau, bekerja sebagai kerani di Bangkok, membawa beliau pergi ke Swatow selama beberapa tahun semasa beliau itu masih lagi seorang budak kedl. Chin mendakwa beliau mendapat pendidikan sekolah rendah di sana, kemudian terkandas di sekolah menengah sebab kemiskinan. Apabila beliau menjadi kaya, kewarganegaraan Thai diperlukan, jadi beliau pergi ke peringkat yang paling tinggi untuk mendapatkannya, dengan pertolongan para sahabatnya yang berpengaruh.
Di Bangkok semasa berusia tujuh belas tahun, Chin bekerja sebagai kerani sebuah kedai. Apabila kedai tersebut terbakar dalam tahun 1930, disebabkan pembakaran curl, beliau belayar ke China dengan jong penyeludupan beras Teochiu, dan melakukan beberapa kali pelayaran dengan para penyeludup dari Swatow ke Bangkok. Di China beliau berkahwin dengan Lau Kwei Ying. Setiap kali beliau pulang dari pelayaran, isteri beliau mengandung. Daripada empat orang anak, hanya dua orang anak lelaki sahaja yang hidup, tetapi mereka akan menjadi pewaris utama. Chin tiada selera terhadap pelayaran di taut lepas, jadi setelah tiba di Bangkok dalam tahun 1936, beliau berhenti belayar dan berkawan dengan seorang lelaki lima tahun muda darinya, Udane, 'anak angkat' lelaki Jeneral Phin Choonhavan. Chin dan juga Udane mempunyai nenek moyang yang sama di China, Chao-yang-Hsien, dan menjadi ahli-ahli Persatuan Chao-yang-Hsien, sebuah persatuan China berpengaruh di Thailand.
Melalui Udane, Chin menemui seorang isteri baru berbangsa Thai dan beliau menjadi kerani-bookkeeper di syarikat pembekal bahan-bahan binaan yang dimiliki oleh bapa saudara Udane. Tugas utama Chin ialah membuat tawaran harga, mengutip bit-bit dan juga mengambil pesanan. Setiap orang sangatlah tertarik hati dengan kepantasan dan kemahiran perakaunan yang ditunjukkan oleh Chin. Walaupun mempunyai pendidikan yang rendah, Chin sangat pintar tentang angka-angka dan juga konsep kewangan. Apabila Udane melaporkan perkara ini kepada bosnya, telinga Jeneral Phin terbuka dan Chin telah dijemput masuk ke dalam kelompok kalangan orang berkuasa yang terdiri daripada para kolonel dan jeneral di Rachakrul Ratpak.
Di dalam masa Peperangan Dunia Kedua, walaupun Jeneral Phin dan para pegawai dalamannya telah pergi ke utara untuk menguruskan penaklukan Negeri-negeri Shan, ahli-ahli kumpulan Phin masih tetap berada di Bangkok untuk menguruskan rundingan pasaran gelap dengan para pegawai tentera Jepun, dan mengawal pemiagaan beras, dadah candu dan penyeludupan emas.
Kedatangan tentera Jepun itu mengubah haluan pemiagaan runcit di Thailand. Harga-harga barang naik melambung. Barangan strategik seperti getah, bijih timah dan wayar tembaga mendapat permintaan tertinggi. Para peniaga yang mempunyai stok barangbarang ini akan mendapat untung yang banyak apabila dibekalkan kepada Jepun. Di seluruh Asia Tenggara, penaklukan Jepun itu telah menyebabkan gangguan kepada stok di dalam gudang yang banyak ditinggalkan begitu sahaja tanpa penjagaan, dan gangster-gangster dunia-bawah-tanah pun merebut peluang ini untuk mencuri segala barangan di dalam gudang-gudang yang tidak lagi dijaga oleh para peniaga.
Walaupun beliau hanya seorang kerani gudang, Chin telah diberikan bantuan kewangan menubuhkan pemiagaan-pemiagaan pasaran gelap. Beliau telah memulakan satu pemiagaan sendiri, Syarikat Asia (Asia Company), dan beroleh keuntungan serta merta, dan dengan modal itu pula beliau bemiaga pasaran emas melalui syarikat lain yang terletak di kawasan Baan Mob, Bangkok. Harga emas telah melambung naik dua puluh kali ganda daripada paras sebelum perang. Keuntungan di pasaran emas yang dikuasai oleh orang-orang China sudah semakin tenat. Chin sahaja yang mengaut keuntungan besar dan beliau sangat bijak mengatur strategi. Beliau menjadi kaya raya selepas perang tamat, bermula daripada seorang kerani-bookkeeper kepada ahli kewangan di -dalam masa tiga tahun (1942 – 1945). Dengan bantuan selanjutnya daripada Jeneral Phin, beliau telah menubuhkan beberapa syarikat di bidang pemiagaan am, pembinaan, insurans, pasaran emas dan matawang. Hubungan beliau dikembangkan yang termasuk para peniaga emas dan beras Teochiu di seluruh Asia Tenggara dan China Selatan.
Sememangnya orang mengejar wang, Chin pun melancarkan perkongsian pintar dengan melabur bersama orang-orang lain yang mempunyai pengalaman di bidang pemiagaan. Cara ini menjauhkan diri beliau dan untuk `mengurangkan pembabitan langsung di dalam pemiagaan-pemiagaan tertentu,' seperti kenyataan seorang warga Thailand. Syarikatnya di bidang pasaran matawang asing diuruskan oleh seorang ahli bank dari Shanghai yang menjadi pelarian.
Inflasi keterlaluan dalam masa perang telah meningkatkan permintaan untuk batu-batu permata. Pasaran emas dan matawang asing di dapati sangat menguntungkan bahawa, pada tahun 1949, Chin memberikan tumpuan khusus kepadanya. Beliau mengimport emas daripada sumber-sumber Teochiu di Hong Kong dan ibu-ibu negeri Asia, dan menjualkannya kepada orang-orang China. Setiap hari Rabu, beliau atau salah seorang keraninya pergi ke lapangan terbang untuk mengambil hantaran terbaru, dan menjualkannya di pasaran emas Bangkok, dan dipecahkan keuntungan. Akhimya, Chin bukan sahaja bekerja untuk dirinya, atau untuk Jeneral Phin, tetapi untuk ketua-ketua samseng dunia-bawah-tanah secara berselindung bagi seluruh kumpulan dialek Teochiu yang mempunyai ibu pejabat di Swatow dan Kowloon.
Untuk mengatasi para pesaing, beliau pun turut mengikuti perkembangan pasaran emas Asia melalui radio. Seorang pegawai Bank Pusat menyatakan, 'Sedangkan jabatan-jabatan kerajaan pun tidak begitu sofistikated.' Kecuali Radio BBC, tiada pula terdapat perkhidmatan laporan kewangan dari mana-mana stesen radio. Chin pula menggunakan radio gelombang-dekat Teochiu dari Hong Kong, yang menghubungkan kapal-kapal penyeludupan di laut ke pusatpusat penyeludupan di darat, dan menyiarkan berita berkenaan harga-harga turun naik bagi pasaran komoditi kepada para peniaga China, seperti Chin.
Bagi membantu transmisi siaran gelombang-dekat, tertakluk kepada keadaan cuaca dan iklim, Chin mempunyai sistem kabel (penghantaran mesej) beliau sendiri. Maklumat segera diperolehi melalui kabel dan juga wireless di Pejabat Pos dan Telegraf di Jalan Baharu yang terletak di seberang sungai, pada waktu itu operasinya seperti di padang pasir Sahara bagi kubu-kubu Foreign Legion. Telegram masuk itu ditaip dengan mesin taip lama, dan buletin ini dihantar beberapa jam kemudian oleh posmen yang menunggang basikal tua.
Penyelesaian Chin adalah dengan cara menggajikan pekerja sepenuh masa di pejabat pos, mengambil pesanan kabel semasa is sampai dan menghubungi ketuanya dengan telefon, memberikan Chin makiumat inteligen terperinci mengenai pasaran mendahului para pesaingnya.
Selepas rampasan kuasa tentera pada tahun 1947, Jeneral Phin memberikan Chin kawalan monopoli kerajaan bagi pemiagaan emas, monopoli pasaran matawang asing, dan monopoli pengiriman wang ke negeri China. Bagaimana beliau boleh rugi? Ia adalah susu lembu dalam tetek lembu. 'Pertama sekali pada setiap pagi, semua ahli bank dan ahli-ahli pemiagaan berhimpun di pejabat saya dan memeriksa sebutharga pasaran matawang asing,' Chin berbangga diri. 'Kami menjadi seperti pihak berkuasa.'
Ramai orang China yang mengirim kebanyakan pendapatan mereka kepada keluarga dan sanak saudara mereka di Tanah Besar China. Lazimnya, jika seorang pemandu Iori Teochiu membeli emas di Bangkok dan mahu ianya dihantar kepada keluarganya di Hong Kong ataupun Swatow, is ditukarkan kepada nilai wang tunai secara persendirian melalui jaringan orang lama tanpa melalui apa-apa bentuk kawalan kewangan. Ia adalah suatu proses tanpa usaha, di mana agen-agen kewangan Teochiu di Bangkok merujuknya kepada rakan sejawatan di Swatow dan nilai emas itu ditukarkan kepada wang tunai secara otomatik, ditolak bayaran komisyen di kedua-dua belah pihak. Tujuan monopoli kiriman wang yang baru di Bangkok adalah untuk melepasi jaringan orang lama dan untuk menyalurkan semua tabung kewangan ke negeri China melalui institusi-institusi yang diuruskan oleh Chin ataupun lain-lain kuncu Phin. Di bawah pengurusan Chin, urusan secara kuno telah diberikan pakaian baru dengan cara perbankan moden. Kiriman wang dilakukan sebagai penghantaran bank dari Bangkok ke Hong Kong dan jugs Swatow.
Dengan merumitkan perkara secara sebegini, is bolehlah dikenakan bayaran komisyen pada setiap peringkat, dan juga lebih banyak lagi wang dapat diperolehi melalui tiga peringkat pertukaran matawang asing daripada satu matawang kepada matawang lain. Apa yang membuatkan is menguntungkan adalah jarak masa yang diperlukan untuk setiap peringkat transaksi, dengan itu semua kiriman wang boleh digunakan untuk menyertai pasaran emas di Bangkok, selepas itu pasaran emas di Hong Kong, dan akhimya pasaran emas di Swatow, diputarkan beberapa kali duit milik orang lain. Oleh kerana naungan Chin pun menguasai Persatuan Teochiu, Persatuan Kiriman Wang, Kementerian Kewangan, polls dan seluruh jentera kerajaan Thailand, siapa mahu dipersoalkan?
Untuk menguruskan pemindahan terakhir ke Hong Kong dan Swatow, Chin pun menguasai kepentingan di Hong Kong dan Bank Swatow, di Kowloon, dan membawa pengurusnya, Chang Keng Hui menguruskan seluruh operasi di Bangkok. Apabila komunis telah mengambil alih kuasa di Tanah Besar China, termasuk Swatow, Chin menukar nama operasinya di Hong Kong kepada Bank Perdagangan Hong Kong (Bank of Commerce), yang lebih spesifik. Ia merupakan bank terbesar dan terkaya di Hong Kong.
Dalam tahun 1952, Chin pun mengembangkan operasi bank mengikut cara Barat dengan melancarkan Sindiket Kewangan Thai, didaftarkan untuk memberikan pinjaman kewangan, diskaun bill, transaksi pertukaran matawang asing, urusan saham dan stok, bon dan batu-batu permata, dan juga mengimport emas. Siapa lagi yang menjadi pengerusinya kalau bukan Jeneral Phao, secara kebetulan timbalan menteri kewangan, untuk mempastikan bahawa Sindiket Kewangan Thai ( Thai financial Syndicate – 7FS) merupakan satusatunya saluran rasmi yang sah bagi import emas ke Thailand. TFS dan Asia Trust merupakan satu-satunya organisasi bukan bank yang diberikan lesen oleh kerajaan Thailand untuk urusan pertukaran matawang asing.
Oleh kerana Asia Trust bukan sebuah bank, is terkecuali dari peraturan kewangan. Para pengkritik pun diberitahu bahawa is tidak layak sebagai bank kerana is tidak menerima pengambilan deposit-deposit kewangan.
Kebanyakan orang Asia mengetahui sedikit berkenaan caracara bank Barat sebelum Peperangan Dunia Kedua, kerana mereka dipinggirkan dari menggunakan perbankan ini. Rahsia perbankan ini sentiasa dijaga rapi. Di dalam masa perang, pengambilan bank-bank Berikat di Thailand, dan penahanan para pengurus serta pegawai bank Barat, telah dibayar dengan dividen luar biasa. Satu pasukan pegawai dari Kememterian Kewangan mengambil sepenuh masa mengkaji rekod-rekod rahsia Chartered Bank dan Hong Kong & Shanghai Bank, mempelajari semua perkara berkenaan perbankan Barat. Mereka itu dibantu oleh bekas pekerja-pekerja bank Thai dan China, dan telah berjaya menyoal para pegawai bank British yang ditahan. Perkara ini membuatkan kedua-dua buah bank itu di dalam keadaan tidak selesa selepas perang tamat, sementara memberikan kuncu-kuncu Phin selok belok dalaman terhadap bank tersebut.
Terima kasih kepada pengetahuan mendalam ini, tujuh buah bank komersial dibuka di Thailand selepas perang, termasuklah Bangkok Bank, dengan berpejabat di bangunan dua tingkat disewa di Chinatown, di tingkat bawah dua buah syarikat Chin. Chin adalah pengarah bank tersebut.
Bangkok Bank ditubuhkan dengan kerjasama kuncu-kuncu Phin dan beberapa lagi kumpulan yang mahukan semacam payung untuk urusan kewangan mereka. Hanya selepas satu bulan, Chin pun meletak jawatan sebagai pengarahnya oleh sebab beliau adalah pemilik Asia Trust di tingkat atas yang bebas dan menjadi pengarah bank di tingkat bawah adalah membahayakan peranan Asia Trust Selepas rampasan kuasa pada tahun 1947, )eneral Phao menjadi timbalan menteri kewangan, tiada pula berpura-pura lagi, dan Chin meneruskan tugas-tugasnya di bank tersebut. Masalah serius bermula dalam tahun 1951, kerana Bangkok Bank mengalami kemerosotan wang tunai yang kronik disebabkan penyelewengan oleh para pemiliknya yang asal. Chin telah diberikan kuasa penuh membersihkan perbuatan tersebut. Beliau membawa masuk para akauntan profesional dan pakar kewangan dari Asia Trust di tingkat atas. Pengurusan lama dipecat, dan Field Marshall Phin menyuntik dana 500 peratus, membolehkan beliau menguasai bank tersebut.
Chin telah mengkaji perbankan Barat dengan tekun. Beliau mengetahui bahawa bank-bank Barat memperolehi banyak aset dan keuntungan dengan cara menarik tabungan kecil para peniaga dan petani, membayar faedah rendah, kemudian memberikan pinjaman wang dengan bayaran faedah yang tinggi. Chin bergerak menarik pendeposit-pendeposit kecil secara agresif dengan menawarkan faedah 3.0 peratus sebulan dikira hari-hari, yang melebihi normanorma di Thailand.
Selepas mempelajari secara mendalam operasi bank-bank Eropah, beliau kemudian mengubah seluruh operasi Bangkok Bank dengan memperkenalkan akaun peribadi kepada para pelanggan besar. Perkara ini menjadi daya tarikan kepada para pelanggan China yang menukar akaun mereka dari Bank of America dan Bank Hong Kong & Shanghai kepada Bangkok Bank. Syarikat-syarikat gergasi Orang China Seberang Laut telah digalakkan pula untuk memindahkan akaun-akaun pemiagaan mereka ke dalam Bangkok Bank, dan modal telah menjadi semakin besar. Bila Chin tidak dapat menarik mereka, Jeneral Phao menemui cara lebih meyakinkan.
Untuk lebih pasti, Chin bukanlah satu-satunya peniaga yang menggunakan hubungan peringkat tinggi. Tidak kira walau di mana mereka berada, Orang China Seberang Laut mesti mendapatkan naungan dan perlindungan golongan elit pemerintah dan juga para pegawai tinggi tentera, yang bersedia untuk menjadi pengarahpengarah syarikat atau berkongsi keuntungan. Chin sudah bersusah payah menjalin hubungan elit seperti orang lain juga, tetapi beliau hanyalah dianggap pada masa itu sebagai agen pemiagaan utama Jeneral Phao dan jurucakapnya bagi masyarakat China. Sementara Jeneral Polls Phao adalah seorang pengarah Asia Trust, dan pengerusi Thai financial Syndicate, seorang menantu lelaki Field Marshall Phin dan pembantu Jeneral Phao menjadi proksi-proksi mereka di dalam lembaga pengarah Bangkok Bank. Chin menjadi ketua agen pemiagaan dan ahli perbankan Phao.
Dengan Jeneral Polls dan Field Marshall menjadi pemegang saham terbesar, dan Kementerian Perdagangan telah memberikan deposit yang besac, Bangkok Bank sudah sedia untuk membuka cawangan luar negara di Hong Kong dalam tahun 1954 dan juga di Tokyo dalam tahun 1955. Cawangan-cawangan di Singapura dan London pun turut dibuka dalam tahun 1957.
Melihat keadaan ini dengan rasa cemburu adalah kumpulan pesaing Jeneral Sarit. Walaupun Jeneral Phao dan Jeneral Sarit itu merupakan ahli-ahli pemerintahan junta tentera, jeneral tentera menghina jeneral polls. Sebagai ahli perbankan yang cermat, Chin amat berhati-hati untuk tidak memasukkan kumpulan Sarit secara keseluruhan. Seorang lagi pengarah Bangkok Bank ialah pembantu kanan Sarit.
Setiap kumpulan mempunyai akhbar sendiri, oleh sebab itu hubungan Chin dengan Phao mulalah mendapat kritikan secara sindiran. Seorang Ahli Parlimen telah menuduh bahawa pemiagaan candu telah dibiayai oleh 'orang yang berpengaruh' menggunakan jongkong-jongkong emas dari Bangkok Bank. Ianya dituduh bahawa 200 kilogram candu telah diperolehi oleh Jeneral Phao dikatakan sebagai barangan rampasan, dan 'upah' kepada orang-orang yang memberitahu beliau di mana tempat simpanan candu itu dibayar ke dalam akaun bank di Iuar negara dalam bentuk emas oleh Chin Sophonpanich. Akhbar Sarit menyatakan: 'Seorang ahli perbankan komersial terbesar, yang menjadi salah seorang pelaku, pergi ke luar negara dengan wang untuk dimasukkan ke dalam bank-bank asing. Orang-orang lain yang terlibat termasuklah para pegawai tinggi beruniform.
Lagi satu skandal berlaku bila )eneral Phao mencadangkan untuk mengelak dari menggunakan pencetak matawang Thomas de la Rue di Britain, dan mahu mencetak sendiri matawang Thailand, yang membolehkan beliau mencetak semua wang yang beliau mahu. Chin Sophonpanich dituduh menjadi tali barut Phao dalam rancangan ini. Akhbar Sarit mengejek: 'Di bahagian hadapan aktiviti ini adalah seorang peniaga berwarganegara China dan kemudiannya menjadi rakyat Thailand. Beliau mempunyai hubungan-hubungan dengan sebuah bank dan pemiagaan candu.'
Inilah caranya Sarit menggunakan Chin untuk memalu dan melemahkan Phao. Para pembela menekankan bahawa beliau tidak pemah mempunyai kaitan dengan wang kertas yang dipersoalkan itu. Mereka tidak menafikan penglibatan beliau seperti yang dituduh terhadap perniagaan dadah. Pada masa itu, terdapat ramai orang berpengaruh terlibat di dalam pengedaran dadah yang dianggap agak canggung untuk mengenyitkan math. Membuat duit palsu dan barangan tiruan adalah perkara yang berlainan. Wang adalah serius.
Seperti yang sudah kita saksikan, polls Phao merupakan pengedar dadah terbesar di Thailand, mengedarkan penghantaran besar dadah candu dan heroin dengan kerjasama sindiket-sindiket Teochiu. Polls sempadan mengiringi karavan candu KMT dari Burma ke ,gudang-gudang polls di Chiengmai, kemudian dengan keretapi atau kapal terbang polis ke Bangkok. Dari situ is dipunggah ke dalam kapal-kapal barang yang diiringi oleh kapal-kapal peronda polls laut ke kapal-kapal besar untuk dihantar ke Taiwan atau Hong Kong.
Jika dadah candu itu untuk kegunaan di dalam negeri, polls sempadan 'menyerang hendap' para penyetudup di sempadan, dan merampas barangan itu ke Bangkok, di mana mereka mendapat ganjaran kerajaan sebanyak satu periapan dari nilai harga pasaran. Candu itu pun hilang. Phao secara peribadi mengetuai sebahagian daripada 'serang hendap' begini. Selepas 'dirampas' 20 tan candu pada bulan Julai 1955, Phao telah mengisytiharkan ganjaran USD 1,200,000 dan tergesa-gesa mengarahkan Kementerian Kewangan membayarnya, di mana beliau sendiri menandatangani cek. Selepas itu, beliau secara peribadi menyerahkan ganjaran kepada 'pemberi makiumat'. Phao kemudiannya mendakwa bahawa kebanyakan dari 20 tan itu telah dicampakkan ke dalam laut dan yang berbaki akan dijual terns kepada syarikat-syarikat pembuat ubat-ubatan (farmasi) untuk mendapatkan batik duit ganjaran kerajaan.*
* Tidak lama kemudian, saya sedang makan tengahari bersama Putera Jimmy dari Negeri Kokang, yang mengeluarkan candu terbaik dunia. Kokang cuma terletak di sebelah timur Lembah Shweli di mana saya menghabiskan masa kanak-kanak saya. Dalam musim penanaman, bukit-bukit dipenuhi dengan tanaman poppi candu. Jimmy merupakan sahabat lama says. Keluarga beliau sudah memerintah Kokang bergenerasi Iamanya. Adik perempuan beliau, Olive, dikenali jauh dan dekat sebagai 'Rata Berbulu Kaki', memerintah Tentera Negeri Kokang dengan pistol magnum tersarung di pinggangnya. Beliau memang terkenal mempunyai hubungan cinta cg an seorang pelakon montel Burma.
Semenjak tahun 1962, bila Buena diperintah oleh diktator tentera, ramai pemimpin etnik seperti Putera Jimmy terpaksa berselindung 'di bawah tanah' atau melarikan diri, dan membantu tentera pemberontak mereka secara bekerjasama dengan tentera dadah KMT. Satu kali, Jimmy terpaksa menyelamatkan dirinya dan menjadi miskin di Paris, tinggal selama setahun dalam sebuah bilik kecil di Waiter orang-orang China, hampir-hampir kebuluran. Sekarang beliau sudah kaya lagi sekali.
Saya bertanya Jimmy jika betul 20 tan candu itu Jeneral Phao campakkan ke taut.
'Ya, betul! Ya, betul!' ketawa Jimmy, memandang bulan dari sebuah pinggan mi betas dan !cad ayarn bersantan kelapa. 'Semua 20 tan dadah telah dicampakkan ke taut – tetapi nasib baik terdapat sebuah kapal yang belayar di situ. Tidak satu auns pun yang basah.'
Ketamakan Phao sudah diketahui ramai sehinggakan bapa mertuanya, Field Marshall Phin, akhimya menyalahkan beliau. Phao dipecat dari jawatannya sebagai menteri kewangan. Akhbar Jeneral Sarit mengetuai serangan, menuduh Phao sebagai seorang boneka CIA. Sea Supply Corporation (Perbadanan Bekalan Laut) dipercayai menyertai secara aktif pengedaran dadah Phao. Perdana Menteri Phibun telah tnemutuskan hubungan intim Phao dengan Taiwan. 'Kuomintang menimbulkan banyak masalah,' kata Phibun. 'Mereka bemiaga candu dan menyebabkan Thailand pula dipersalahkan di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.'
Pada awal pagi bulan September 1957, kereta-kereta kebal dari Divisyen Pertama Sant bergerak ke kedudukan rampasa uasa seperti lazimnya. Phao telah dibenarkan untuk pergi ke Swi erland, sementara Phibun pula melarikan diri ke Jepun. Kebebasan penuh operasi polls nasional Phao ditamatkan, dan beratus orang agen CIA telah diusir keluar dari Thailand.
Sarit menaikkan pangkatnya sendiri menjadi Field Marshall dan melantik kroninya, Jeneral Thanom sebagai perdana menteri, dan seorang lagi kroni, Jeneral Praphat sebagai menteri hal ehwal dalam negeri.
Di Bangkok Bank, Chin berasa cemas bahawa Sarit mungkin membunuhnya, mengambil alih bank beliau, dan mencurinya. Salah seorang pengikut Sarit, pengarah bank tersebut, memberitahu Chin adalah mudah meletakkan jawatan dengan segera dan menamakan dirinya pengerusi bank. Selepas berfikir panjang, Chin mengalahkan semua orang.
Beliau memanggil menteri dalam negeri yang baru, Jeneral Praphat, untuk bertukar-tukar pendapat. Pemilihan beliau terhadap Praphat dikatakan dipengaruhi oleh tukang tilik China mengatakan kepada beliau 'pengerusi bank adalah orang yang pendek dan juga gemuk.' Oleh kerana beliau menyerupai karektor kartun, CIA telah memberi Praphat nama kod `Porky' (rupa macam khinzir?). Beliau sangat keras dan bertenaga, dengan para pengikutnya yang ramai. Sant pun tidak berdaya untuk menghalang apa-apa yang Praphat lakukan.
Dalam masa perbincangan peribadi itu, ahli perbankan dan jeneral telah mencapai satu persefahaman, dan pads esok harinya, is diisytiharkan bahawa Jeneral Praphat dilantik sebagai pengerusi yang baru Bangkok Bank. Berapa jua harganya, Chin pun mendapat pelindung. Tetapi perkara ini tidak membuatkan beliau kalis peluru.
Sant berasa sangat marah. Apabila Chin datang ke mansion Sarit (tanpa membawa bakul buah-buahan) untuk menerangkan perlantikan Praphat, Field Marshall tidak mahu bertemu. Isyarat itu sangatlah jelas. Secara berhati-hati, Chin pun menaiki kapal terbang pergi ke Hong Kong dan selama lima tahun hidup dalam buangan secara sendiri.
Semasa ketiadaan Chin, kerajaan Sarit pun semakin terjebak dengan dadah, walaupun mereka lakukan dengan cara yang lain, membiarkan orang lain mengedar dadah heroin sementara tentera dan polls memberikan kawalan ketenteraan yang paling mahal.
Dengan ketiadaan Chin, tetapi menteri dalam negeri menjadi ketua, Bangkok Bank pun semakin berkembang, dengan enam betas cawangan dalam negeri, empat buah cawangan di luar negara, aset diisytiharkan lebih kurang USD 50 juta.
Dalam masa lima tahun hidup dalam buangan secara sendiri, Chin menetap di Kowloon, mentadbir banknya, Commercial Bank Hong Kong. Selepas kejayaan Mao dalam tahun 1949, kepimpinan Teochiu telah memindahkan ibu pejabat dunianya ke Kowloon dari Swatow. Di Kowloon, Chin telah mendidik Robin Chan, anak lelaki sulung dari isteri pertama beliau, untuk mengambil alih pengurusan Commercial Bank, dan anak bungsunya, yang menggunakan nama Thai, Chatri Sophonpanich, untuk mengambil alih Bangkok Bank.
Semasa berada di Hong Kong, Chin telah memperkukuhkan hubungannya dengan jaringan Teochiu di sumber asas, meningkat naik dalam kepimpinan Teochiu, dan belajar banyak terhadap caracara perbankan Barat, komputer, telekomunikasi, dan kewangan pesisir. Selepas kematian Marshall Sarit sebab-sebab semulajadi di dalam tahun 1963, Chin menunggu beberapa minggu untuk mayat itu menjadi sejuk, kemudian pulanglah beliau ke Thailand. Ia telah dipersetujui bahawa Jeneral Praphat dikekalkan sebagai pengerusi Bangkok Bank, tetapi Chin dilantik untuk memegang j atan Ketua Pegawai Eksekutif. Mereka pun bekerjasama dua tahun as itu sebagai broker kuasa dan orang duit.
Untuk meningkatkan peranan antarabangsa Bangkok Bank dan juga Commercial Bank Hong Kong beliau, Chin menghubungkan semuanya dengan rangkaian-rangkaian bank Teochiu di Asia dan Barat, bermula dengan Singapura dan di Taiwan. Sebagai seorang pemimpin yang baru dalam komuniti Teochiu sedunia yang sentiasa berkembang dengan teknologi tinggi dan canggih, beliau menjadi duta kewangan, pergi melawat ke Rlipina, Malaysia, Singapura dan Indonesia, menjalin hubungan dengan Orang China Seberang Laut yang kaya raya berketurunan bukan Teochiu, seperti jutawan mega (taikun) Indonesia, Liem Sloe Liong, puak Hokchia. Untuk mengejar cita-cita pemiagaannya, Urn sudah lama bersekongkol dengan para peniaga maritim Teochiu seluruh kepulauan Melayu. Beliau bersama Chin mempunyai banyak persamaan. Mereka berdua adalah pemilik bank dan billionaire. Dengan duit yang terlampau banyak, keduanya mempunyai keperluan untuk menyimpan aset persendirian yang dicairkan di pesisir. Chin merupakan salah seorang yang pertama berjaya mendamaikan persengketaan di antara kumpulan dialek bila beliau dan Uem menjadi sahabat dan memberikan pinjaman berjuta dollar antara satu sama lain, untuk menampung kekurangan wang tunai. Persefahaman melintasi puak mempunyai makna yang besar bagi perbankan dunia dengan mengikat perhubungan kewangan pesisir sesama institusi-institusi mega Orang China Seberang Laut seperti Bangkok Bank yang dimiliki oleh Chin dengan First Pacific Bank yang dimiliki oleh Liem.
Strategi kepimpinan Teochiu adalah menubuhkan jaringan perbankan multinasional seluruh dunia kepunyaan mereka, dengan satelit telekomunikasi sendiri. Konglomerat kewangan ini dibina dengan Bangkok Bank, Commercial Bank Hong Kong, dan lain-lain subsidiari serta syarikat-syarikat komponen puak Sophonpanich yang menjadi gergasi kongsi Teochiu, diikat oleh lembaga pengarah saling mengunci. Mahagurunya adalah kanak-kanak montel dengan pendidikan sekolah rendah yang berjaya menjadi orang paling bijak di bidang kewangan. Chin Sophonpanich adalah genius Sekarang beliau adalah moghu/ perbankan, anugerah diberikan mencurahcurah. Di Thailand pula, Chin telah menjadi pengerusi Persatuan Chao-yang Hsien, persatuan hsien yang paling kaya dari puak Orang China Seberang Laut yang kaya raya. Beliau pun menjadi presiden organisasi induk, Persatuan Teochiu Thailand. Di Kowloon, beliau dinamakan pengerusi tetap Pertubuhan Pemiagaan Teochiu Hong Kong yang berasingan. Semuanya ini menunjukkan beliau sebagai seorang daripada lima orang Teochiu yang paling berkuasa di dunia, jikalau tidakkpun orang nombor satu.
Selepas Chin meninggal dunia pada tahun 1988, disebabkan sakit yang panjang, pengurusan bank diwarisi oleh anak lelakinya, Chatri. Di sebalik naik turun, pada tahun 1993, Bangkok Bank telah dinamakan sebagai salah satu daripada lima buah bank yang paling banyak keuntungan di dunia oleh sebuah agensi kredit Britain. Pada tahun 1995, dengan cucu lelaki, iaitu Chartsiri berada di puncak, Bangkok Bank tersangat maju yang mengalahkan asal usulnya dan berkembang menjadi institusi kewangan bertaraf dunia. Sebagai salah satu daripada dua buah perbadanan terbesar di Thailand, di tempat pertama di segi kekukuhan kewangan, is mernpunyai aset bemilai satu perempat daripada KNK (GDS Thailand, empat ratus buah cawangan dalam negeri, dan lebih daripada dua puluh buah pejabat di ivar negara. Cawangan pertamanya di negeri China telah dibuka di tempat kelahiran Chin, iaitu sebagai sebahagian daripada pembangunan berbillion dollar Shantou, Zon Ekonomi Khas China di Swatow. Ini adalah tugu peringatan istimewa untuk mengenang jasa-jasa kerjaya dari kepapaan kepada kekayaan yang ivar biasa. Sebaliknya, terdapat jasa-jasa hebat dikenang dalam masa hayat Chin, Washington, dengan cara-cara sungutan di ivar, tidak berani secara terbuka menuduh beliau terhadap apa-apa perkara yang beliau lakukan. Para pegawai Agensi Penguatkuasaan Dadah yang bekerja di Kedutaan Amerika terletak di seberang jalan mansion Chin bersungut-sunt, tetapi mereka sentiasa sibuk menangkap ikan-ikan bills. Bagaimana seseorang boleh menuding jari apabila Jeneral Phao sendiri menjadi sahabat karib Amerika?
Sementara itu, di Indonesia, sahabat perbankan Chin, Uem Sloe Liong, sedang bekerja keras dan rapi untuk dirinya juga ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment
gerakan yang licik