
Kesungguhan dan cita cita BN untuk merampas kembali negeri yang telah di tawan oleh pihak yang lagi satu pada pilihanraya yang akan datang amatlah aku sanjungi. Aku rasa peminpin tertinggi BN. umno ker, per ker,mereka kena la menyakinkan rakyat atas kesilapan yang telah dibuat sebelum ini, tapi sapa yang nak mengaku kesalahan sendiri? peperangan untuk memancing pengundi yang memandang serong keatas media massa yang dikuasai oleh kerajaaan hendaklah dilakukan dengan penuh keiklasan. Gerakan secara halus melalui alam cyber harus dilakukan untuk memulihkan keyakinan akar umbi. Dengan MSC yang diasaskan oleh mantan perdana menteri tun dr mahathir telah memakan diri, semua ni terjadi kerana akar umbi telah muak dengan mainan dan cakap yang tak serupa bikin oleh peminpin terdahulu, lalu gerakan yang secara cyber bermula 10 tahun lepas telah melahirkan kebencian mereka kepada kerajaan, dan gerakan ni lama kelamaan menjadi satu barah meruntuhkan keyakinan rakyat pada BN.


No comments:
Post a Comment
gerakan yang licik